Amerika Utara

4 mati ditembak di Georgia

Oleh BERNAMA

Washington: Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan besar-besaran di negeri Georgia, Amerika Syarikat, Sputnik memetik laporan CBS pada Sabtu.

Insiden tembakan berlaku sekitar 10.45 pagi waktu tempatan di Henry County yang terletak sekitar 30 batu (kira-kira 48 kilometer) di selatan Atlanta.

Suspek dilapor masih bebas, menurut kerajaan tempatan sambil menggesa orang ramai mengelak kawasan kejadian.

Siasatan mengenai kejadian itu 'sedang dijalankan'.

Disiarkan pada: July 16, 2023 @ 11:27am
d