Asia

Hujan lebat, tanah runtuh di Korea Selatan, 32 maut

Oleh BERNAMA

Seoul: Angka kematian akibat hujan lebat dan tanah runtuh di Korea Selatan mencecah 32 orang, manakala lebih 10 orang masih hilang, Sputnik memetik laporan agensi berita Korea Selatan Yonhap pada Ahad.

Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya tujuh orang maut, tujuh cedera, manakala tiga masih hilang.

Kebanyakan kematian dilaporkan di wilayah tenggara Korea Selatan, Gyeongsang Utara, dan 17 orang maut akibat tanah runtuh.

Lebih sepuluh orang masih hilang, manakala lebih 7,500 penduduk dipindahkan dari kediaman mereka di 13 bandar dan wilayah di seluruh Korea Selatan.

Lebih 200 jalan ditutup di Korea Selatan dan semua operasi kereta api digantung.

Sebanyak 12 penerbangan dibatalkan pada Ahad.

Disiarkan pada: July 16, 2023 @ 12:36pm
d