mutakhir

Kayuh 12 negeri dalam 38 hari

Kangar: Walaupun kudrat sudah dimamah usia, dua warga emas tidak pernah menganggap umum sebagai penghalang untuk mencapai impian dengan berbasikal mengelilingi Semenanjung Malaysia sehingga ke titik penghujung benua Asia di Tanjung Piai, Pontian.

Berikutan itu, wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Che Saad Nordin, 65, dan pesara tentera, Che Amat Awang, 56, sanggup berkayuh meredah perjalanan sejauh 3,000 kilometer dalam masa 38 hari dengan merentasi 12 negeri untuk merealisasikan impian mereka.

Che Saad berkata, idea berkenaan tercetus kerana dia mahu memenuhi impian menyiapkan sebuah buku berjudul Diari Seorang Wartawan yang memaparkan kehidupannya sebagai seorang wartawan termasuk pengalaman berkayuh sehingga ke Tanjung Piai, Pontian.

“Kayuhan berkenaan kemudian disertai oleh rakan baik saya, Che Amat yang mahu bersama-sama menjalankan misi berbeza iaitu mengedarkan risalah bagi memohon sumbangan dana untuk pembinaan Masjid Sungai Dalam di Sungai Petani, Kedah,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Ketibaan mereka disambut oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Zaini Talib.

Misi berkenaan bermula pada 1 November lalu di Sungai Puyu, Butterworth sebelum memasuki negeri di Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Disiarkan pada: December 9, 2015 @ 9:26am
d