Badminton

Kean Yew tumbang di tangan Tze Yong

Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berjaya membalas dendam kekalahannya kepada bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew di Terbuka Korea minggu lalu apabila menang di pusingan pertama Terbuka Jepun sebentar tadi.

Tze Yong hanya memerlukan 41 minit untuk menewaskan Kean Yew yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh 21-16, 21-17 sekali gus berjaya menebus kekecewaannya apabila tunduk kepada pemain itu di suku akhir Terbuka Korea.

Kemenangan ke atas Kean Yew yang juga finalis Terbuka Korea minggu lalu itu, membolehkan Tze Yong memimpin rekod pertemuan kepada 2-1.

Selain Terbuka Jepun, pemain utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu pernah menewaskan Kean Yew pada Sukan Komanwel, Birmingham 2022 dengan kemenangan 15-21, 21-14, 21-11.

Disiarkan pada: July 26, 2023 @ 12:54pm
d