Asia

17 terbunuh dihempap kren tapak pembinaan

Oleh BERNAMA

New Delhi: Sekurang-kurangnya 17 pekerja maut dan tiga lagi cedera selepas kren tumbang di tapak pembinaan jalan raya di negeri Maharashtra, barat India pada selasa, menurut pegawai.

Insiden itu berlaku berhampiran Shahapur di daerah Thane, kira-kira 71 kilometer (km) ke timur laut Mumbai.

Pasukan Pencegahan Bencana Kebangsaan (NDRF) India dikejarkan ke tempat kejadian

"Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan," kata pegawai kanan NDRF, Sarang V Kurve.

Menurut NDRF, 17 mayat ditemukan di tempat kejadian.

Tiga yang cedera dipindahkan ke hospital berdekatan, lapor Xinhua.

Disiarkan pada: August 1, 2023 @ 3:22pm
d