Bola Sepak

West Ham dalam proses dapatkan Maguire, Ward-Prowse

Oleh AFP

London: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham pada dasarnya setuju untuk menandatangani pemain antarabangsa England, Harry Maguire dan James Ward-Prowse, lapor media British.

The Press Association berkata, Maguire, 30, yang juga pemain pertahanan Manchester United dan pemain tengah Southampton, Ward-Prowse, 28, sudah bersetuju dengan terma peribadi dengan juara Liga Konferensi Europa musim lalu itu.

Bagaimanapun, Maguire masih berunding dengan United mengenai terma sebenar pemergiannya dari Old Trafford, tetapi pindahan bernilai £30 juta (RM174.53 juta) itu dijangka akan berlaku.

West Ham yang akan beraksi di Liga Europa musim depan, dilaporkan semakin hampir menandatangani pemain tengah Mexico, Edson Alvarez dari Ajax dengan nilai £35 juta (RM203.62 juta).

Pemain berusia 25 tahun itu sudah melepasi ujian perubatan, tetapi kertas kerja perpindahan dari kelab gergasi Belanda itu masih belum lengkap.

Alvarez mungkin boleh mengisi kekosongan ditinggalkan pemain berharga £105 juta (RM610.86 juta), Declan Rice yang berpindah ke Arsenal.

Disiarkan pada: August 9, 2023 @ 9:04pm
d