Selasa, 15 September 2020.

Seremban: Mahkamah Koroner semalam dimaklumkan dua ekor anjing milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya mengesan bau remaja perempuan warga Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin yang hilang pada 4 Ogos 2019, di beberapa lokasi berhampiran The Dusun Resort.

Selasa, 1 September 2020.

MAHKAMAH Koroner Seremban hari ini diberitahu tiada asid deoksiribonukleik (DNA) asing ditemukan pada mayat remaja Perancis-Ireland Nora Anne Quoirin termasuk di bahagian alat sulitnya.

Khamis, 27 Ogos 2020.

“SAYA ada terima maklumat daripada seorang rakan kepada ahli keluarga Nora Anne yang menyatakan menerima mesej menerusi WhatsApp daripada bomoh,”demikian kata seorang saksi prosiding inkues bagi mengetahui punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner di Seremban, hari ini.

Rabu, 26 Ogos 2020.

SEORANG saksi prosiding inkues bagi menentukan punca kematian remaja Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin memberitahu Mahkamah Koroner di Seremban, remaja itu boleh berjalan seperti manusia normal ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selasa, 25 Ogos 2020.

MAHKAMAH Koroner Seremban hari ini diberitahu bahawa sehari selepas kehilangan Nora Anne Quoirin, iaitu pada 5 Ogos, keluarganya pernah memaklumkan kepada polis yang mereka mengesyaki anak mereka itu diculik.

Selasa, 21 Januari 2020.

PEGUAM yang mewakili keluarga remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15, Sankara Nair, hari ini hadir di Mahkamah Seremban bagi pengurusan kes saman sivil terhadap Operator Resort The Dusun.

Rabu, 15 Januari 2020.

DUA Ahli Parlimen Perancis memohon supaya siasatan ke atas kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin selepas hilang dari resort di sini Ogos tahun lalu, dibuka semula.

Selasa, 20 Ogos 2019.

PEGAWAI pemasaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan Orang Asli menerusi ciapan Twitter yang mendakwa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin dirogol etnik itu, minggu lalu.

Isnin, 19 Ogos 2019.

POLIS Negeri Sembilan menafikan laporan media antarabangsa kononnya keluarga Nora Anne Quoirin, 15, dibawa berjumpa pengamal perubatan tradisional dalam usaha mengesan remaja Ireland itu ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilaksanakan.

Ahad, 18 Ogos 2019.

KELUARGA Nora Anne Quoirin, 15, mempunyai hak meminta untuk melakukan proses bedah siasat kali kedua terhadap mayat remaja terbabit di luar negara.