TEKNIK pembelajaran mudah menerusi program FBI.
Mohd Sabran Md Sani


Majoriti daripada kita sudah tersedia dengan asas untuk berbahasa Inggeris berikutan didedahkan dengan bahasa antarabangsa itu sejak di bangku sekolah hingga menamatkan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Namun sejauh mana kita dapat menguasai bahasa yang mempunyai kira-kira 2.5 bilion penutur di seluruh dunia, biarpun pendedahan mengenainya sudah diberikan secukupnya pada peringkat sekolah rendah?

Ini kerana asas berkenaan bahasa itu sudah diterapkan guru membabitkan empat perkara iaitu bercakap, membaca, menulis dan mendengar.

Pengasas Pusat Latihan CentreForward High Impact Trainer M Faisal Hanapiah berkata, tidak ada isu besar bagi rakyat negara ini untuk menguasai bahasa Inggeris.

Sebaliknya Program Fasih Berbahasa Inggeris (FBI) yang dikendalikan pusat berkenaan dilihat membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan peserta kursus.

SESI pembelajaran di dalam kelas bagi program diadakan.

Faisal berkata, dengan mengikut kursus enam hari yang disediakan pusat berkenaan pada hujung minggu di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, tahap penguasaan peserta meningkat daripada tahap kurang yakin kepada fasih bertutur bahasa berkenaan.

“Program ini menekankan tiga elemen penting iaitu memberikan motivasi pentingnya bahasa Inggeris, memberi asas dalam mengukuhkan bahasa Inggeris dan mendedahkan teknik komunikasi yang berkesan,” katanya.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata penting bagi peserta kursus diberikan motivasi kuat mengenai kepentingan bahasa Inggeris.

“Faedah atau kelebihan bahasa Inggeris membuatkan peserta lebih bersungguh-sungguh menguasainya, selain ia menjadi motivasi untuk menyertai kursus ini.

“Kami memfokuskan usaha memberikan asas bagi memperkukuhkan bahasa itu kerana terdapat kekeliruan tatabahasa hingga akhirnya wujud perasaan kurang yakin dan tidak minat,” katanya sambil memberitahu slogan diterapkan ialah ‘from broken to pure English’.

Katanya, asas yang jelas berkenaan bahasa Inggeris juga perlu ditekankan termasuk menumpukan kepada dua atau tiga tatabahasa asas.

“Ia penting supaya peserta lebih baik dalam pertuturan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, selain membaca dan menulis,” katanya.

Malah elemen paling penting diterapkan adalah berkaitan teknik komunikasi yang berkesan, mudah dan praktikal.

M Faisal (duduk empat dari kanan) bersama peserta FBI.

“Mengambil contoh di sekolah, kebanyakan masa guru untuk mengajar bahasa ini tertumpu kepada empat perkara penting, namun masa yang terhad dan saiz kelas yang besar mengehadkan tumpuan.

“Sebaliknya, kami mendedahkan peserta FBI kaedah mudah dan praktikal dalam mempelajari bahasa Inggeris hingga mampu bertutur dengan yakin,” katanya yang berbangga kerana FBI menjadi Kursus Latihan Profesional Termurah dengan yuran hanya RM990.

M Faisal yang juga pakar komunikasi bahasa Inggeris berkata, program FBI dilaksanakan pusat berkenaan tertumpu kepada pelajar sekolah, golongan dewasa dan pekerja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari centreforward.my atau FB centreforward practical english. Anda juga boleh hubungi Sheik Joe di talian 012-7113674.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2017 @ 12:53 PM