TIDAK melepaskan peluang mendapatkan perkhidmatan saringan kesihatan.
TIDAK melepaskan peluang mendapatkan perkhidmatan saringan kesihatan.
Asmidar Zainol


‘AHUHUMAYA angivit ra tambiahg’ yang membawa maksud ‘Muafakat Membawa Berkat’ dalam bahasa Murut Tahol yang menjadi tema program Sepakat @ Komuniti anjuran Pejabat Penerangan Daerah Nabawan di Kampung Bahagia Keningau, Sabah, baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan, Datuk Bobbey Suan, penganjuran program berkenaan bukan sahaja mengeratkan silaturahim, tetapi juga memperkasakan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti khususnya masyarakat setempat.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada masyarakat Nabawan yang memberi kerjasama dan bertungkus-lumus dalam memastikan program hari ini berjalan lancar.

“Menerusi pembabitan dan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat pada program ini jelas menunjukkan perpaduan serta kesatuan antara kita masih utuh,” katanya.

Bobbey turut memuji kerjasama antara Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) melalui Pejabat Penerangan Nabawan dengan

penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

“Saya yakin pembabitan dan kerjasama segenap lapisan masyarakat hari ini dapat membantu Jabatan Penerangan mencapai objektif setiap penganjuran program yang dilaksanakan menunjukkan kesepakatan dan perlu diteruskan demi memastikan kemakmuran, kedaulatan dan kesejahteraan negara akan terus terpelihara.

“Saya percaya melalui program seumpama ini masyarakat di peringkat akar umbi secara tidak langsung dapat memperoleh maklumat dan menambah pengetahuan melalui komunikasi bersemuka,” kongsinya.

 SUASANA sebenar industri.
SUASANA sebenar industri.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) JaPen Sabah, Wasrin Jakaria berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan menghargai

penyertaan dan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan, pihak media serta pihak komuniti sepanjang tahun ini.

“Sebagai sebuah agensi yang dekat dengan masyarakat di akar umbi, kami amat memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak terutama pemimpin tempatan dan ketua jabatan supaya program anjuran jabatan penerangan dilaksanakan dengan jayanya.

“Tanpa sokongan dan kerjasama mereka terutama daripada Pejabat Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, NGO, rakan media serta orang perseorangan pasti agak sukar bagi kami khususnya Pejabat Penerangan Nabawan untuk melaksanakan segala program Indeks Prestasi Utama (KPI) jabatan,” katanya.

Sesuai dengan tema program berkenaan, aktiviti gotong-royong turut diadakan di pekarangan Masjid Al Huda, Kampung Bahagia pada hari pertama program dan diikuti majlis perasmian serta kenduri kampung pada hari kedua.

Ketua Kampung Bahagia B, Asok Angkaus berkata, program berkenaan bukan sahaja dapat mengeratkan lagi kerjasama dan hubungan dalam kalangan masyarakat, tetapi secara tidak langsung membantu mereka yang kurang berkemampuan.

TAJUL bersama isteri, Nurul Syamieza yang dinikahi pada 10 Disember 2017.
TAJUL bersama isteri, Nurul Syamieza yang dinikahi pada 10 Disember 2017.

“Hari ini pelbagai pengisian turut diadakan penganjur di mana taklimat keselamatan dan kesihatan diberikan serta saringan kesihatan turut dijalankan Kementerian Kesihatan.

“Di samping memberi sumbangan kepada penduduk kurang berkemampuan, empat kipas turut diserahkan kepada masjid dan gereja selain peralatan sukan yang boleh digunakan semua orang,” katanya.

Bagi suri rumah, Nora Noor, 34, beliau dan rakan-rakannya bangun seawal jam 4 pagi untuk penyediaan bahan memasak pada hari berkenaan.

“Hidangan yang disediakan agak lain daripada lain apabila kami menyediakan masakan tradisi Murut antaranya pucuk ubi bercampur jagung, ikan jeruk, asam ikan kering, sayur nangka, sambal jantung pisang bersama ikan bilis dan ayam masak merah serta ayam masak kicap,” katanya.

Seramai hampir 200 orang hadir memeriahkan program berkenaan yang terdiri daripada penduduk kampung, ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, ketua kampung dan ketua adat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 10:37 AM