X
SUKARELAWAN yang menyertai gotong-royong membersihkan kawasan pantai di Jeram, Selangor anjuran Seven Clean Seas, baru-baru ini.
SUKARELAWAN yang menyertai gotong-royong membersihkan kawasan pantai di Jeram, Selangor anjuran Seven Clean Seas, baru-baru ini.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

ISU pencemaran plastik di lautan kini mencapai tahap krisis global.

Dianggarkan, 300 juta tan plastik sudah pun mencemari kawasan lautan di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

Peka dengan kepentingan menjaga alam sekitar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Seven Clean Seas tampil melaksanakan inisiatif mengutip plastik sampah yang mencemari perairan pantai dan kawasan lautan.

Pengasasnya, Tom Peacock-Nazil berkata, inisiatif itu dilakukan kerana krisis pencemaran plastik sampah kini berada pada tahap yang semakin membimbangkan.

Kata Nazil, sebagai pengembara tegar, dia sudah melancong ke ratusan pantai di seluruh dunia dan masalah pencemaran plastik sampah berlaku di mana sahaja.

"Justeru, akhir bulan lalu (sebelum Perintah Kawalan Pergerakan) dengan sokongan sukarelawan, kami mengadakan program Gotong Royong Membersih Kawasan Pantai di Jeram, Selangor.

TAYAR antara sampah yang biasa ditemui dibuang di kawasan pantai negara ini.
TAYAR antara sampah yang biasa ditemui dibuang di kawasan pantai negara ini.

JUMLAH plastik sampah yang dikumpul.
JUMLAH plastik sampah yang dikumpul.

"Lokasi ini turut berada dalam radar kami kerana turut mengalami pencemaran plastik sampah.

"Aktiviti gotong-royong sebegini bukan sahaja dapat membersihkan alam sekitar, malah menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga," katanya.

Acara gotong-royong itu disertai 150 sukarelawan dan mengumpul 1,080 kilogram (kg) plastik sampah.

Dalam pada itu, dianggarkan pada tahun ini sahaja sebanyak 12.7 juta tan plastik mencemari kawasan lautan.

Ia bersamaan dengan sebuah lori yang dipenuhi sampah, membuang sisa itu di lautan setiap minit.

Plastik buangan itu bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah berbahaya selain dapat memusnahkan hidupan marin, burung dan kerangan di lautan.

GOTONG-rotong membersih kawasan pantai menjadi aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
GOTONG-rotong membersih kawasan pantai menjadi aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Nazil berkata, acara membersih kawasan pantai itu dimulakan di Singapura dan mendapat maklum balas yang memberangsangkan.

Sehingga hari ini, NGO itu berjaya mengalihkan lebih 50,000kg plastik sampah dari kawasan persisiran pantai di negara ini.

Malah menurut Nazil, pihaknya mahu acara membersih pantai ini dilakukan lebih kerap bagi memastikan kawasan lautan terpelihara.

"Kami mengalu-alukan sokongan semua pihak, jika tidak dapat menyertai program yang diadakan, orang ramai boleh menyumbang menerusi pembelian gelang tangan istimewa Seven Clean Seas.

"Setiap gelang tangan yang dijual, kami berjanji akan mengalihkan satu kg plastik sampah dari lautan.

"Untuk maklumat lanjut, layari www.sevencleanseas.com, " katanya.

USAHA murni untuk menyelamatkan alam sekitar dan hidupan marin.
USAHA murni untuk menyelamatkan alam sekitar dan hidupan marin.

PLASTIK sampah yang dikutip dikumpul sebelum dilupuskan.
PLASTIK sampah yang dikutip dikumpul sebelum dilupuskan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 7:00 AM