SAMBUTAN menggalakkan di Pantai Sepat, Pahang.
SAMBUTAN menggalakkan di Pantai Sepat, Pahang.
Muhamaad Razis Ismail


SEMPENA Hari Pembersihan Dunia, Pertubuhan Pendidikan Kesedaran & Minda Prihatin Malaysia iaitu Youth Care Malaysia (YCM) menganjurkan program Malaysia Cleanup Day.

Pengarah Projek Malaysia Cleanup Day, Hazril Azmi berkata, program ini berjalan serentak di sembilan lokasi di seluruh Malaysia iaitu Padang Jawa, Selangor, Teluk Senangin, Perak, Pantai Sepat, Pahang, Pantai Puteri dan Puteri Qashrina Chalet, Melaka, Pantai Pasir Pandak dan SMK St Teresa, Sarawak serta Pantai Batu Payung dan Pantai Tanjung Lipat, Sabah.

MURID sekolah teruja mengutip sampah.
MURID sekolah teruja mengutip sampah.

Katanya, objektif program ini adalah untuk mendidik belia mewujudkan persekitaran yang inklusif sebagai menyokong inisiatif hijau dengan meningkatkan kesedaran minda dan prihatin dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan amalan 3R 'reduce,' 'reuse,' dan 'recycle.'

"Sebanyak 18,861 sisa pepejal dikumpulkan membabitkan 8,007 botol plastik, 1,005 cebisan plastik dan 4,217 cebisan polisterin dikutip pada hari itu.

"Seramai 362 sukarelawan terdiri daripada belia berusia dari 18 hingga 40 tahun turut serta walaupun terdapat pertukaran kawasan pada saat akhir disebabkan air pasang di beberapa lokasi," katanya.

Menurutnya, sebagai menyahut seruan kerajaan supaya sentiasa memastikan penjarakan fizikal, YCM mencetuskan idea untuk julung kalinya mengadakan program 'Cleanup Day' dalam talian bagi mengehadkan pembabitan orang ramai dalam satu masa.

SEBAHAGIAN sukarelawan di Padang Jawa, Selangor.
SEBAHAGIAN sukarelawan di Padang Jawa, Selangor.

"Kami turut membuka peluang bagi orang ramai menyertai aktiviti pembersihan ini menerusi dalam talian. Orang ramai hanya perlu mendaftar dan lakukan aktiviti pembersihan bersama pada 19 September lalu, kemudian muat naikkan gambar aktiviti itu ke media sosial masing-masing.

"Sebanyak 20 hadiah disediakan bagi pernyertaan secara maya yang ditaja khas oleh A Bit Less iaitu kedai jualan yang bertujuan mengurangkan plastik dan mewujudkan komuniti untuk membeli-belah dengan memberi kesan minimum kepada alam sekitar," katanya.

PENJARAKAN fizikal diamalkan sebagai langkah pencegahan Covid-19.
PENJARAKAN fizikal diamalkan sebagai langkah pencegahan Covid-19.

Program ini turut mendapat sokongan dan sambutan dengan kehadiran selebriti media sosial seperti The Trvth Band, Ripkiddo, Otam Blur, Zairul, Nazafee Tee dan Saufi Ramli.

Terdapat beberapa Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut serta bagi menjayakan program ini iaitu Trash Hero, Zero Waste Malaysia, Tawau Trash Buster Squad, MNS Pahang dan NGO

Itrah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2020 @ 6:16 AM