X
PENGUNJUNG melihat robot keluaran Cobot dalam satu pameran di ibu negara.
PENGUNJUNG melihat robot keluaran Cobot dalam satu pameran di ibu negara.
Bisnes Metro

UNIVERSAL Robots, peneraju pasaran teknologi robot kolaboratif (Cobot) yang berpangkalan di Denmark menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mempercepat penggunaan automasi robotik untuk kekal berdaya saing dan cekap.

Ketua Universal Robots bagi Asia Tenggara dan Oceania, Darrell Adams dalam kenyataan berkata, susulan syarikat mengalami kenaikan kos bagi bahan mentah dan pertukaran mata wang asing yang lemah, langkah memanfaatkan automasi untuk mengoptimumkan pengeluaran adalah cabaran berterusan.

"Cobot yang bertujuan merapatkan jurang di antara pemasangan manual sepenuhnya dengan jalur pembuatan automatik penuh, berpotensi meningkatkan pengeluaran PKS Malaysia dalam sektor pembuatan sehingga 30 peratus.

"Robot kolaboratif akan melaksanakan peranan besar dalam Revolusi Perindustrian Keempat. Menerusi bantuan Cobot pembuat tempatan boleh mencapai tahap kecekapan lebih tinggi dan peningkatan produktiviti yang pesat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 8:30 AM