Johan (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital, Rafiq Razali. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.
Johan (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital, Rafiq Razali. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.
Muhammad Saufi Hassan


PENJENAMAAN semula saluran ntv7 dan perubahan kandungan program bagi 8TV antara pendekatan baharu Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak berkata, penjenamaan baharu saluran ntv7 itu akan membabitkan siaran program yang lebih bersasar kepada penonton Melayu.

“œSaluran berkenaan yang popular itu akan lebih menyiarkan program untuk penonton Melayu moden menerusi barisan kandungan baharu.

“€œPerubahan itu juga akan memberi kesan kepada saluran 8TV yang kini akan menyiarkan lebih banyak kandungan bahasa Cina,” katanya ketika Pembentangan Kandungan Baharu MPTN, petang tadi.

Johan berkata, bermula 5 Mac akan datang, saluran ntv7 akan memperkenalkan saluran hiburan Malaysia yang baharu dengan memenuhi selera penonton dengan selebriti terkemuka.

Bagi saluran nombor satu di Malaysia, TV3, beliau berkata, saluran berkenaan akan mengambil satu langkah ke hadapan dengan perkembangan teknologi menerusi program televisyen untuk mewujudkan peluang integrasi yang lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2018 @ 6:57 PM