Stacy mahu buat konsert khas buat peminatnya. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI, Stacy Anam, 28, meluahkan hasratnya mengadakan konsert bersempena 10 tahun kehadirannya di dalam industri muzik tanah air.

“€œSaya sudah berada di dalam industri muzik tanah air sejak Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dan tahun ini, genap 10 tahun saya bekerja dalam muzik muzik.

“€œJadi, rasanya sudah tiba masanya saya mengadakan satu konsert atau showcase khas untuk peminat-peminat saya,”€ katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, walaupun selepas bergelar isteri dan ibu, dia masih menerima tawaran untuk membuat persembahan di acara-acara besar.

“€œAntaranya, Anugerah Juara Lagu 32 baru-baru ini. Tapi, kalau boleh, saya nak adakan satu konsert tunggal yang istimewa,”€ katanya.

Menurut Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, dia mahu konsert itu menjadi platform untuknya mendekati peminat.

“€œKalau mengikut perancangan saya, saya mahukan konsert yang boleh mendekatkan saya dengan peminat kerana merekalah yang menyokong saya dan kerjaya seni saya sejak sedekad lalu.

“€œBagaimanapun, itu adalah perancangan. Namun, semuanya bergantung kepada masa sekiranya ada waktu yang sesuai untuk saya realisasikan impian itu.

“€œKalau tidak ada rezeki untuk adakan konsert pada tahun ini, tahun depan juga tak mengapa,”€ katanya.

Stacy kini bernaung di bawah pengurusan miliknya bersama suami, Rhythm & Rhyme Entertainment.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Mac 2018 @ 5:57 PM