Ziana (kanan) bersama adiknya yang juga penyanyi, Anuar. FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


PENYANYI, Anuar Zain meminta supaya netizen tidak menulis sesuatu perkara negatif dan membuat spekulasi mengenai situasi rumah tangga kakaknya, Ziana Zain.

Menurut penyanyi lagu Sedetik Lebih itu, tindakan netizen yang menulis sesuka hati dianggap sebagai kurang ajar.

“€œNetizen kadang-kadang menulis sesuatu di media sosial tanpa usul periksa dan saya boleh katakan kurang ajar. Mereka suka menulis bukan-bukan tanpa tahu hujung pangkal.

“€œKalau boleh, hormatlah kakak saya dan situasi yang terpaksa dihadapinya sekarang,”€ katanya kepada Harian Metro.

Anuar juga berkata, sebagai adik, dia kagum dengan kekuatan kakaknya yang mampu bertahan dalam perkahwinan yang hampir mencecah usia 20 tahun.

“Kakak saya seorang wanita yang setia. Saya kenal hati budinya. Anak-anaknya pun lagi rapat dengan kakak kerana dia penyayang.

“Kalau marah, ada jugalah sikit tetapi, tidaklah sehingga menakutkan anak-anak. Sesibuk mana pun kakak saya bekerja, dia tetap akan beri perhatian kepada anak-anaknya”, katanya.

Semalam, Ziana ditemani Anuar hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk sebutan kes penceraiannya dengan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri selepas memfailkan penceraian pada 3 April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 8:59 PM