KUALA LUMPUR 12 JULY 2017. Pelakon, Alif Satar pada majlis pratonton filem Memori Pajeri Nenas di GSC Signature, The Gardens Midvalley. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
KUALA LUMPUR 12 JULY 2017. Pelakon, Alif Satar pada majlis pratonton filem Memori Pajeri Nenas di GSC Signature, The Gardens Midvalley. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
Norhayati Nordin


PENYANYI, pelakon dan pengacara, Alif Satar, 28, memberitahu dia akan menyertai pertandingan Ironman di Langkawi pada November ini.

Alif ditemui berkata dia teruja untuk membabitkan diri dalam sukan itu yang sudah lama menjadi impiannya.

“€œCuma, apa yang merisaukan saya adalah persediaan diri. Ini kerana, jadual saya agak padat dengan komitmen kerja.

“€œAlhamdulillah, rezeki keluarga dan saya sangat bersyukur dengan nikmat diberikan Allah SWT ini.

“€œApapun, besar harapan saya semoga impian menyertai Ironman itu akan menjadi kenyataan,”€ katanya.

Selain sukan Ironman itu, Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar memberitahu turut dilamar saluran Kix HD dari Hong Kong sebagai pengacara.

“€œSaya mendapat tawaran daripada Kix HD untuk mengacara satu program TV yang disiarkan saluran itu.

“€œIni sebenarnya tawaran kali kedua yang diterima daripada Kix HD yang mahu bekerjasama dengan saya.

“€œApapun, semuanya bergantung pada perbincangan yang akan dilakukan pengurus saya, Dina Lorenza,”€ katanya.

Alif berkata ikutkan hati dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu kerana kepercayaan Kix HD pada bakat pengacaraannya.

“€œNamun, saya kena akur pada tuntutan kerja untuk program Its Alif! di ntv7 yang disiar secara langsung.

“€œKomitmen pada program itu (Its Alif!) perlu saya utamakan supaya tidak menjejaskan kualiti,”€ katanya.

Mengulas juga mengenai keputusan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana yang tidak mahu lagi berlakon bersamanya, Alif berkata dia terima dengan hati terbuka.

Ujar Alif, ada baiknya juga mereka €˜berehat seketia’ untuk diganding bersama demi karier seni masing-masing.

Bagi peminat Alif dan Nana, mereka muncul berganding dalam drama terakhir, Klik! Pengantin Musim Salju di Astro.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Jun 2018 @ 4:34 PM
Digital NSTP Subscribe