GAMBAR yang dimuatnaik di Instagram. FOTO Instagram rockingbalqis
GAMBAR yang dimuatnaik di Instagram. FOTO Instagram rockingbalqis
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi, 11, memuat naik gambarnya sedang memakai topeng muka di Instagramnya, tiga hari lalu menimbulkan tanda tanya terutama apabila disertai dengan #fightcancer.

"Selesai menjalani rawatan petang tadi. Keadaan Puteri semakin baik. #rockingbalqis #fightcancer," tulisnya di ruangan kapsyen bagi gambar yang menerima lebih 5,000 'like' itu.

Menerusi laporan Berita Harian yang menemubual ibunya, Norashikin Mohd Aziz hari ini mengesahkan anaknya menghidap barah, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penyakit yang dialami anaknya.

"Saya minta maaf, buat masa sekarang saya tak mahu ditemubual. Demamnya pun belum pulih. Jantung dan paru-parunya pula mengalami masalah," katanya.

Sebelum ini, Balqis mengalami demam berpanjangan pada Mei di samping kerap muntah.

Di Instagram dan Twiter miliknya, tiada sebarang perkembangan terbaru yang dikongsikan. Ruangan komen di Instagram yang menggunakan nama @rockingbalqis itu juga ditutup.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Julai 2018 @ 3:38 PM