RADIN. FOTO Arkib NSTP
Rudy Imran Shamsudin

PENYAMPAI radio Era, Radin Amir Effendi menjelaskan dia tidak mengetahui pengakuan Daiyan Trisha mahu bernikah hari ini adalah sebahagian daripada gimik untuk single terbaru penyanyi itu.

Radin berkata, Daiyan membuat pengakuan itu ketika dia menghubungi penyanyi berkenaan pada siaran, Jumaat lalu.

Katanya, ia selepas ramai pendengar memintanya untuk berbuat demikian bagi mendapatkan penjelasan berhubung gambar Daiyan yang memakai layah menerusi Instagram.

“Pada tengah malam selepas habis bersiaran, barulah Daiyan menghubungi saya kembali dan memberitahu ia adalah sebahagian daripada gimiknya untuk lagu terbaru.

“Masalahnya... perkara itu diberitahu selepas kami bersiaran dan pada hari Jumaat. Andainya temu bual itu dibuat pada Khamis, saya boleh memperbetulkan kembali situasi apabila bekerja pada Jumaat,” katanya.

Meskipun begitu, Raden tidak mempersalahkan Daiyan kerana faham akan situasi artis itu yang tidak mempunyai pengurusan bagi berdepan dengan perkara seumpama itu.

“Daiyan pula tidak memberitahu awal-awal membabitkan gimik sebelum kami bersiaran. Kalau dia beritahu, saya boleh saja melakukan temu bual itu dalam situasi dan soalan berbeza,” katanya.

Berita berkaitan

'Itu bukan gimik...' - Daiyan Trisha>

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Ogos 2018 @ 5:41 PM