Andi (kiri) akui Sarah masih menghubunginya. FOTO HM Digital
Andi (kiri) akui Sarah masih menghubunginya. FOTO HM Digital
Rudy Imran Shamsudin


PENYANYI meningkat naik Andi Bernadee akui senang berkawan dengan juara program Big Stage, Sarah Suhairi.

Penyanyi baru melancarkan klip video single terbaru, Satu Peluang itu menegaskan dia mahu pun Sarah tidak pernah menyatakan mereka pasangan kekasih.

Begitupun katanya peminat mahu mereka bercinta dan menimbulkan isu.

Kebelakangan ini Sarah mahu pun Andi sering memuat naik gambar mahupun video mereka keluar bersama di laman sosial.

"Bayangkan ada peminat merakam paparan skrin gambar saya bersama Haneesya Hanee (pelakon) dan dihantar kepada Sarah.

"Peminat terbabit marah-marah seolah-olah saya berlaku curang kepada Sarah. Pada peminat, saya dan Sarah memang sedang bercinta," katanya.

Kata Andi, dia dan Sarah berkawan rapat kerana mereka mempunyai minat yang sama dan 'satu kepala'.

"Lagipun selepas program Big Stage tamat, Sarah seorang saja masih menghubungi saya dan persahabatan terjalin sepanjang program terbabit berpanjangan.

"Peserta lain mungkin sibuk dengan jadual kerja yang padat membuatkan kami tidak berkesempatan bertemu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Oktober 2018 @ 7:04 PM