YUNA mahu harungi tahun 2019 dengan jaya. Foto - Arkib NSTP.
Michelle Gun


YUNA meluahkan hasrat ingin bekerjasama dengan kumpulan K-pop popular, BTS.

Penyanyi berusia 32 tahun itu menerusi status di Twitter berkata, sudah tiba masanya untuk dia bekerjasama dengan kumpulan popular dari Korea Selatan itu.

Yuna turut 'tag' akaun Twitter kumpulan dianggotai Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook dalam status itu.


BTS popular di Korea Selatan dan seluruh dunia.

“Apa pendapat anda? Saja berkongsi di sini untuk seluruh dunia. Saya bersedia untuk apa saja bagi 2019. Mari kita lakukannya," katanya.

Setakat ini, status berkenaan sudah dikongsi semula lebih 1,600 kali dan mendapat lebih 2,300 'likes'.

Hasrat Yuna turut mendapat sokongan hangat pengikut terutamanya peminat BTS.

Sebelum ini, Yuna yang kini bertapak di Los Angeles, Amerika Syarikat berduet dengan penyanyi terkenal, Usher menerusi lagu Crush.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 2:57 PM