MAMAT. FOTO Arkib NSTP
Nor Akmar Samudin


PENGARAH filem Hantu Kak Limah (HKL), Mamat Khalid mengambil sikap berkecuali berhubung isu bonus pelakon filem yang meraih kutipan RM38 juta itu.

Menurutnya, ia disebabkan realiti industri filem tanah air.

“Hanya gah (pada) pandangan mata, “ katanya ketika ditemui NSTP, hari ini.

Dia ditemui di lokasi filem arahan terbarunya, Rock 4: Quo Vadis Komer (Rock 4).

Mengulas lanjut, Mamat berkata, pada minggu pertama tayangan, 50 peratus kutipan filem itu disalurkan kepada pihak pempamer.

Katanya, pada minggu kedua tayangan, jumlah itu naik kepada 60 peratus.

“Sebab itu saya faham keadaan kedua-dua pihak iaitu penerbit dan pelakon,” katanya.

Baru-baru ini pelakon utama HKL, Datuk Awie dan Delimawati terkilan dengan bonus diterima mereka.

Kedua-duanya mendakwa ia tidak setimpal dengan kerja keras dan komitmen mereka.

Filem HKL terbitan bersama Astro Shaw dan Infinitus Gold, ditayangkan pada 9 Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 November 2018 @ 8:42 PM