KHAI BAHAR (dari kiri), Sufian Suhaimi, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini
Georgie Joseph


SELEPAS persaingan sengit selama tiga minggu, 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-33 yang bakal berlangsung Februari depan.

Keputusan itu diumumkan pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 33 (SFMM33) di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam ini.

Pemilihan lagu ke final dinilai sepenuhnya barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, Lok U, Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer dan Cat Farish.

Sebanyak 30 lagu bersaing di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM32) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pada 9, 16 dan 23 November.

Pentas minggu terakhir SFMM33 turut dihangatkan dengan persembahan penutup lagu Sampai Mati, Takdir dan Waktu oleh Hazama & The Penglipur Lara serta Rahmad Mega.

Pentas minggu terakhir SFMM33 disiarkan secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan youtube @TV3Malaysia.

Senarai lagu ke pentas akhir AJL ke-33

1. Semakin (Siti Sarah)

2. Bunga (Ara Johari)

3. Kau Pun Sama (Syamel)

4. Sampai Bila (Misha Omar)

5. Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah)

6. Luluh (Khai Bahar)

7. Bunga (Altimet)

8. Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra)

9. Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer)

10. Hajat (Hael Husaini)

11. Di Matamu (Sufian Suhaimi)

12. Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 November 2018 @ 11:33 PM