Ifa membeli beg bagi membawa tiga ekor kucing. FOTO HM Digital/IG
Ifa membeli beg bagi membawa tiga ekor kucing. FOTO HM Digital/IG
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON dan penyanyi Ifa Raziah berkongsi membeli beg 'dog carrier 50' berjenama antarabangsa berharga ribuan ringgit untuk tiga ekor kucing peliharaannya, Mika, Mini dan Miki.

Ifa, 43 atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata dia membeli beg itu bagi memudahkannya membawa kucing itu berjalan ke mana-mana.

"Kucing ini kepunyaan arwah bapa saudara yang meninggal dunia sebulan lalu. Disebabkan tak ada siapa nak jaga, saya ambil dan bawa balik ke Kuala Lumpur. Kalau biar, kesian pula dan memang tak sampai hati. Walaupun saya tak pernah pelihara kucing sebelum ini, tapi saya cuba juga.

"Kebetulan sempena hari jadi mak mentua baru-baru ini, saya ke butik berjenama itu untuk membelikannya hadiah. Saya ternampak pula 'dog carrier' yang besar dan ia boleh memuatkan tiga kucing. Nak dijadikan cerita, ia hadiah dan rezeki untuk kucing ini.

"Apabila ada beg ini, mudah untuk saya membawa ketiga-tiga kucing ini. Tak ada niat pun nak menunjuk atau riak," katanya kepada Harian Metro.

Ifa yang juga pengacara berkata, ketiga-tiga kucing itu diberi penjagaan rapi, belaian manja dan kasih sayang sepenuhnya daripada suami tercinta.

Malah, Ifa berkongsi sejak memelihara kucing itu rezekinya tidak pernah putus.

"Orang kata kucing pembawa rezeki. Alhamdulillah, saya dapat rasa itu. Disebabkan itu, saya tak nak kedekut dengan kucing. Saya mahu berikan yang terbaik dari segi makanan dan penjagaan.

Setiap minggu saya akan bawa ke spa kucing untuk buat rawatan. Malah, selepas ini suami nak belikan 'baby stroller' pula.

"Malah, saya anggap kucing ini seperti anak. Ketiga-tiganya menjadi kesayangan kami sekeluarga. Sekarang, kalau keluar mesti nak balik rumah cepat sebab nak bermain dengan kucing.

"Kalau hati gundah gulana dapat cium kucing terus lega. Lagi satu, kucing ini adalah terapi. Kucing ini pun sangat manja dengan kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Disember 2018 @ 2:55 PM