SHIERA dedahkan Ijoy cemburu apabila dia keluar bersolek untuk bekerja. FOTO Arkib NSTP dan Instagram Shiera
Michelle Gun


PELAKON dan pengacara Sharifah Shahirah mendedahkan suaminya, Zulkifli Azahari cemburu sekiranya dia keluar rumah dalam keadaan bersiap.

Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera berkongsi gambar dirinya tidak bersolek dan rambut serabai di Instagram (IG), baru-baru ini.

Menurutnya, suaminya yang popular dengan panggilan Ijoy lebih gemar dia berpenampilan sedemikian kerana bimbang diganggu lelaki lain.

“Laki aku lega bini cenggini (sebegini). Kalau aku lawa, 10 kali telefon, susah saya nak kerja. Ada saja dia cakap macam-macam,” tulisnya.

Shiera sempat bergurau dengan mengatakan dia tidak kisah seandainya suatu hari nanti suaminya mencari wanita lain.

“Dia cakap keluar buruk, balik rumah cantik macam JLO (Jennifer Lopez). Kat IG pun kena buruk.

“Kalau dia cari perempuan lain, tak marah sebab kita buruk. Kalau kita cantik macam Miss Universe ada perempuan lain lagi sedih,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 4:54 PM