(DARI kiri) Misha Omar, Siti Sarah dan Noryn Aziz bergandingan dalam konsert Soul Sisters. FOTO Mahzir Mat Isa
Syanty Octavia Amry


TIGA penyanyi hebat Noryn Aziz, Misha Omar dan Siti Sarah sedang mencari peminat bertuah yang memuat naik gambar paling menarik di Instagram (IG) dengan hashtag #SoulSistersConcertChallenge.

Mereka yang berjaya akan memenangi tiket khas ke preview eksklusif konsert Soul Sisters, April depan.

Ketiga-tiga penyanyi itu kini ligat berlatih untuk konsert yang bakal menggegarkan Panggung Sari di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Konsert Soul Sisters dibawakan oleh produksi pertama Edd Razhe Entertainment (ERE) dan akan berlangsung selama dua malam pada 5 dan 6 April depan.

Menerusi cabaran #soulsistersconcertchallenge yang diberikan, selain menyaksikan konsert preview khas, peminat bertuah juga berpeluang beramah mesra dengan ketiga-tiga penyanyi terbabit.

Bagi yang berminat menyertai cabaran itu, hanya perlu mengambil gambar bersama kawan anda dengan membuat gaya seperti trio Soul Sisters dan muat naik di laman IG dan sertakan sekali hashtag #SoulSistersConcertChallenge di dalam kapsyen.

Pemenang akan dipilih oleh Noryn, Misha dan juga Siti Sarah. Maklumat lanjut boleh didapati di akaun IG rasmi konsert iaitu @soulsistersconcert.

Tiket boleh didapati melalui www.airasiaredtix.com pada harga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond), RM355 (Platinum), RM255 (Gold) dan RM155 (Silver).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 6:35 PM