NELYDIA (duduk tengah) bersama adik-beradik dan rakan yang mengadakan kejutan 'Bachelorette Party' untuknya. FOTO Instagram Nadiya Shahab


PELAKON Nelydia Senrose mengakui tidak tahu menahu mengenai kejutan 'Bachelorette Party' yang diadakan pada Ahad lalu.

Nelydia menjawab berkenaan isu kek cawan berhiaskan ‘alat sulit’ yang disediakan dalam majlis berkenaan hingga dirinya dikecam teruk warganet.

Katanya, sepatutnya majlis itu berlangsung secara privasi dan bukan dikongsi di laman sosial.

"Ada beberapa perkara yang tidak perlu dimuat naik di laman sosial.

"Lagipun majlis ini dihadiri semua perempuan. Jadi apa yang anda lihat berlaku secara tidak sengaja. Maaflah," katanya pada sebuah program hiburan semalam.


BENTUK kek cawan berhiaskan 'alat sulit' yang dihidang dalam 'Bachelorette Party' Nelydia. FOTO Instagram

Nelydia bagaimanapun terharu dengan usaha adik-beradik dan rakan baiknya kerana menganjurkan majlis itu yang dianggap kejutan buat dirinya.

"Saya langsung tidak tahu menahu mengenai kejutan yang dibuat.

"Saya hargai usaha mereka yang bertungkus-lumus menjayakan majlis terbabit," katanya.

Terdahulu, manisan berbentuk alat sulit dimuat naik di Instagram Story beberapa rakan artis yang hadir pada majlis Bachelorette Party Nelydia mengundang reaksi kurang senang warganet.

Rata-rata menyifatkan majlis kejutan yang dibuat itu tidak senonoh dan seakan berkiblatkan budaya barat.

Berita berkaitan

'Bukan salah Nelydia'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 4:28 PM