SHERRY menafikan dakwaan sengaja menunjukkan getah seluar dalam ketika bergambar, sebaliknya ia adalah getah seluar jeans. FOTO Instagram Sherry Ibrahim
Sudirman Mohd Tahir


"WARGANET ada saja yang tak kena pada mata mereka. Semua benda nak komen. Kalau nak tahu, itu bukan getah 'spender' lah," kata pelakon Sherry Ibrahim mengenai dakwaan pengguna laman sosial dirinya sengaja menayang getah seluar dalam.

Sherry, 36, atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim berkata, itu adalah getah seluar jeans yang dipakai.

Malah katanya, dia masih waras untuk memuat naik gambar yang boleh mengaibkan diri sendiri.

"Mungkin ramai tidak tahu, itu adalah fesyen terkini. Jadi, apabila ada yang komen bukan-bukan, saya tidak salahkan mereka. Bagi yang membantu menjelaskan perkara sebenar dalam ruangan komen itu, saya ucapkan terima kasih.

"Saya bukan sengaja nak tayang pun, tapi seluar saya sedikit longgar. Saya pun tidak perasan. Mungkin sebab sekarang sudah kurus.

"Apa-apa pun, jika gambar yang dimuat naik itu mengundang rasa kurang senang mereka, saya minta maaf," katanya kepada Harian Metro.

Gambar yang dimuat naik semalam itu mendapat lebih 9,000 tanda suka dan lebih 280 komen.

Komen yang ditulis pula kebanyakannya menganggap pelakon drama Syurga Yang Kedua itu sengaja mempamerkan seluar dalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 6:20 PM