FATHIA minta maaf atas kekhilafan diri sendiri. FOTO Instagram Fathia Latiff
FATHIA minta maaf atas kekhilafan diri sendiri. FOTO Instagram Fathia Latiff
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON kontroversi Fathia Latiff memohon maaf atas keterlanjuran kenyataan berhubung tindakannya membuka tudung tiga hari lalu.

Fathia, 32, atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff menerusi status di Instagram Story semalam mengakui kata-kata yang keluar daripada mulutnya itu adalah kekhilafan sendiri.

“Saya minta maaf atas kekhilafan diri sendiri. Saya tahu ramai sedih dengan saya. Saya minta maaf sekali lagi.

“Saya tahu, pemakaian tudung adalah wajib sebagai orang Islam. Saya meminta maaf atas kesalahan percakapan,” katanya.

Menerusi status sama Fathia berjanji akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Insya-Allah, saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Lots of love,” katanya.

Rabu lalu Fathia secara rasmi mengambil keputusan membuka tudung selepas tiga tahun bertudung penuh.

Menerusi kenyataan dalam akhbar ini, Fathia mengakui lega dengan keputusan diambil dan selesa menjadi diri sendiri.

Fathia berkata, bukan mudah untuknya kekal bertudung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 6:36 PM