A AIDA dan Ariff Aziz bercerai pada 25 April lalu. FOTO Aswadi Alias dan .Aziah Azmee


“PELUANG kedua? Kenapa aku rasa nak muntah ni?” tulis bekas suami kepada penerbit Datuk A Aida iaitu Ariff Aziz di Instagram Story miliknya yang seolah-olah enggan merujuk semula.

Bagaimanapun teks dan video yang menggambarkan hubungan mereka tidak akan kembali pulih sudah dipadam.

Ariff menerusi foto baru yang dimuat naik di Instagram menjelaskan adalah lebih baik berdiam diri daripada bercakap buruk mengenai orang lain.

“Bercakap benar dan tak cakap buruk mengenai orang adalah asas dalam kehidupan. Bercakap satu benda buruk mengenai orang akan menunjukkan berjuta kali keburukan kita.

“Kita mesti hidup dengan asas hidup yang baik. Pepatah Melayu ada menyebut berdiam lebih baik daripada bercakap yang bukan-bukan,” tulisnya.

Sementara itu, A Aida ketika dihubungi bagi meminta komen mengenai tindakan keterlaluan Ariff yang memuat naik status terbabit memilih untuk tidak mengulas.

“Saya tidak mahu ulas apa-apa lagi. Ramai yang bertanya, saya tiada komen,” katanya.

A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 48, dan Ariff Aziz, 30, melangsungkan pernikahan pada 21 Julai 2018 dalam satu majlis di Hotel Dorsett Grand di Subang Jaya, Selangor.

Bagaimanapun mereka bercerai pada 25 April lalu selepas sembilan bulan bersama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 7:26 PM