SCHA dan Awal sering memantau anak tunggal mereka supaya jaga tinglah laku.
SCHA dan Awal sering memantau anak tunggal mereka supaya jaga tinglah laku.
Najiy Jefri


ENGGAN Lara Alana dilabel sebagai anak yang ‘diva’, pelakon dan pengacara popular Scha Alyahya sentiasa berpesan kepada puteri tunggalnya itu supaya menjaga tingkah laku dan berbuat baik dengan orang.

Scha mengakui bimbang sekiranya Lara berubah sikap apabila anaknya itu kini menerima populariti yang tidak disangka.

“Saya selalu pesan kepada Lara supaya bersalam dengan orang yang dia jumpa selain menerapkan nilai-nilai murni dalam dirinya.

“Saya tidak akan sesekali membiarkan Lara menjadi anak yang ‘diva’. Saya dan Awal akan memantau pergerakan Lara kerana dia semakin besar dan faham apa yang dia lalui sekarang,” katanya.

Menurut Scha, Lara pernah mengadu penat hingga dia terpaksa menjelaskan situasi yang mereka lalui.

“Pernah sekali dia mengadu penat apabila ramai ingin bergambar dengannya.

“Jadi, saya perlu menjelaskan kepadanya bahawa mereka sangat menyayangi dan dia perlu layan dengan baik.

“Alhamdulillah, Lara kini semakin biasa dengan keadaan itu malah mendengar setiap pesanan serta teguran saya dan Awal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 5:32 PM