AFGAN mahu mencari idea baru dan keluar dari zon selesa. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
AFGAN mahu mencari idea baru dan keluar dari zon selesa. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Ramlah Zainal


PENYANYI popular Indonesia Afgan mengumumkan mahu berehat seketika selepas hampir 11 tahun berkecimpung dalam industri muzik.

Menurut pemilik nama sebenar Afgansyah Reza itu, Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 adalah persembahan skala besar terakhirnya di Malaysia.

“Saya mahu berehat seketika kerana mahu mencari idea baru dan keluar dari zon selesa selepas hampir sebelas tahun berkarya tanpa henti.

“Ia juga konsert skala besar terakhir kerana hampir setiap tahun saya menjayakan persembahan untuk peminat di Malaysia,” katanya.

Afgan ditemui pada sidang media Inspirasi Afgan 2019 yang berlangsung di Menara Ken, TTDI di sini, petang tadi.

Mengulas mengenai jualan tiket, Afgan bersyukur kerana ia laris.

“Saya sayang peminat di Malaysia dan kerana itu kerap buat konsert di sini.

“Selain menghiburkan peminat dengan rangkaian lagu popular, ada juga lagu baru akan saya ketengahkan,” katanya.

Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 akan berlangsung di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur pada 5 Oktober nanti.

Konsert anjuran Popcorn Studio Sdn Bhd dijual pada harga RM299 hingga RM1,200.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 4:30 PM