SISSY Iman tak terasa hati netizen kecam.
Ardini Sophia Sina


PENYANYI Sissy Iman mengakui tidak terasa hati dengan tindakan netizen mengecam videonya sedang menari dengan memakai baju 'kelawar'.

Menerusi kenyataannya di Instagram Story (IG Story), Sissy yang popular dengan lagu Pesanan Ayahanda mengambil segala teguran dari sudut positif untuk menjadi lebih baik dan kuat.

"Itulah serba sedikit apa yang kami lalui sebagai artis. Mungkin orang nampak kehidupan kami senang, penuh glamor tetapi hakikatnya kami kena berdepan benda sebegini setiap hari.


VIDEO Sissy Iman menari dengan memakai baju ‘kelawar’. FOTO: Instagram sissyiman

"Maaf kalau kemajuan (dalam muzik) lambat tetapi saya cuba melakukan yang terbaik. Perlahan-lahan merangkak.

"Terima kasih kepada semua yang setia bersama saya dan beri peluang untuk saya berkembang dalam industri seni," katanya.

Di laman sosial Twitter, ada netizen menuduh Sissy sengaja memuat naik video berkenaan kerana ingin meraih populariti.


SISSY popular dengan lagu Pesanan Ayahanda. FOTO: Instagram sissyiman

Malahan, ada juga yang mendakwa nyanyiannya sumbang dan lakonannya kaku seperti kayu lalu menyuruh wanita berusia berusia 24 tahun itu balik kampung dan tanam jagung.

"Sekurang-kurangnya saya belajar sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, Tuhan masih bagi saya rezeki dalam bidang ini.

"Kepada netizen yang mengecam video itu, kalian masih ada masa untuk tengok? Takkanlah saya gubah lagu enak didengar bersama komposer menang anugerah anda tak nak tengok,” katanya.


IG Story Sissy Iman. FOTO: Instagram sissyiman

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 3:51 PM