ALIF faham bagaimana rasanya meminati seseorang artis. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria
ALIF faham bagaimana rasanya meminati seseorang artis. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria
Syafil Syazwan Jefri


"TAK perlu terlalu taasub dengan artis. Nanti di akhirat, takkan ditanya pun nama setiap anggota kumpulan yang anda taasubkan itu,".

Itu kenyataan penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar saat diminta mengulas mengenai kecaman peminat kumpulan dari Korea Selatan, Bangtan Boys atau BTS yang menghentamnya baru-baru ini kerana kononnya, dia salah memberi fakta mengenai jumlah anggota kumpulan itu.

Menurut Alif, dia sendiri memahami bagaimana rasa minat mendalam terhadap artis, namun, jangan sampai berlaku pergaduhan.

"Instagram tak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius. Saya faham bagaimana rasanya meminati seseorang artis kerana saya sendiri pun peminat fanatik Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Tapi, dalam pada kita meminati seseorang artis atau kumpulan seperti BTS ini, janganlah sampai berlaku pergaduhan. Jangan jadi terlalu sensitif dan taasub," katanya.

Ditanya sama ada dia gentar ketika berdepan situasi begitu, Alif melihatnya sebagai satu situasi yang lucu.

"Bagi saya secara peribadi, apa yang berlaku itu sangat kelakar. Ada yang menghentam dan ada juga 'army' menyokong saya kerana mereka tahu, saya tak sebut benda salah pun," katanya.

Terbaru, Alif baru saja mengumumkan mengenai Konsert Amal Countless Blessing Alif Satar & Raihan yang akan berlangsung pada 2 November ini di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 6:09 PM