X
Bob Yusof pada Pusingan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 di Plaza Alam Sentral. FOTO Mahzir Mat Isa
Bob Yusof pada Pusingan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 di Plaza Alam Sentral. FOTO Mahzir Mat Isa
Sudirman Mohd Tahir


PENYANYI asal lagu Anta Permana, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan komen yang tidak menyukai nyanyian Bob Yusof pada minggu kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 34 kelmarin sebagai perkara biasa.

Menurut Siti, 40, Bob penyanyi yang versatil dan pilihan tepat menyampaikan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu.

“Apabila diberi tanggungjawab saya tahu Bob boleh lakukan yang terbaik. Walaupun ada komen yang suka dan tidak, bagi saya ia perkara biasa.

“Kami memilih Bob sebab dia bagus menyanyikan lagu sebegini. Pendek kata, dia ada kelebihan tersendiri.

“Bob pun sudah banyak kali menyanyikan lagu ini dalam persembahannya. Dia buat ‘minus one’ sendiri juga,” katanya kepada Harian Metro.

Siti yang kini muncul dengan single Terang berkata, pemiilihan Bob bagi menggantikan dirinya atas perbincangan dan persetujuan semua pihak.

“Saya, Kak Rozi dan pasukan Universal Music pun berbincang juga dengan Hael dan Ezra. Masing-masing sepakat dan bersetuju.

“Kalau penyanyi wanita, saya memang sukakan Ernie. Cuma, dia pun turut bertanding. Jadi tak boleh. Macam dikatakan tadi, Bob adalah pilihan tepat kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 November 2019 @ 10:26 AM