ASHARI mohon tajaan bagi pihak BPR untuk menjayakan konsert di Istana Budaya. FOTO Ihsan BPR
ASHARI mohon tajaan bagi pihak BPR untuk menjayakan konsert di Istana Budaya. FOTO Ihsan BPR
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


BUMIPUTERA Rockers (BPR) akan menganjurkan Jelajah 1000 Tahun Takkan Mungkin sebelum kumpulan itu dibubarkan.

Pengurus BPR, Ashari Shahrom, 56, berkata, jelajah itu dianggap sebagai pertemuan terakhir bagi menghargai sokongan peminat sepanjang 35 tahun kumpulan itu ditubuhkan.

Setakat ini katanya, tiga lokasi persembahan sudah diberikan permit iaitu di Johor Bahru pada 28 Disember ini dan Muar pada 30 Januari tahun hadapan.

Menurutnya, sebuah lagi lokasi persembahan adalah di Melaka iaitu pada 29 Februari tahun hadapan.

"Kami masih berurusan untuk mendapatkan kebenaran di lokasi lain iaitu di Sabak Bernam, Manjong, Alor Setar, Kuantan, Tawau dan Kuching," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Katanya, biarpun jelajah itu menggunakan wang sendiri mereka berusaha untuk menganjurkannya bagi menyatakan penghargaan buat peminat.

"Kami juga berbesar hati mengadakan persembahan terakhir di Istana Budaya namun memerlukan tajaan berjumlah RM385,000.

“Jika tiada tajaan, persembahan mungkin dibuat di mana-mana lokasi di Kuala Lumpur," katanya.

Menurut Ashari, pihaknya akan mengadakan sidang media khas bagi berkongsi perjalanan seni BPR di Amerin Mall, Balakong, Selangor pada 12 Disember ini.

Berita berkaitan

BPR bakal dibubarkan - Awang

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 November 2019 @ 4:00 PM