DATUK Seri Siti Nurhaliza. FOTO Rohanis Shukri
DATUK Seri Siti Nurhaliza. FOTO Rohanis Shukri
Najiy Jefri


DATUK Seri Siti Nurhaliza selamat menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan semalam sebagai persediaan untuk hamil anak kedua.

Siti, 41, berkata, pembedahan itu dibuat kerana dia akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kehamilan pertama.

“Saya menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana saya akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini. Saya harap semua pihak dapat doakan saya supaya segera sembuh,” katanya kepada Harian Metro.

Semalam, Siti memuat naik gambar sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas menjalani pembedahan kecil di Instagram Story. Namun, Siti tidak memaklumkan dengan lebih lanjut jenis pembedahan yang dibuat.

Sebelum itu, Siti membuat persembahan bersama Bob Yusof mendendangkan lagu Anta Permana pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 9:16 AM