Ridzuan Abdul Rahman


PELAKON Tasha Shilla, 33, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang juga pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris, 33, dengan sekali lafaz tepat jam 9.59 pagi hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pasangan ini dinikahkan bapa Tasha, Abdul Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ehsan Mohd Hosni.

Tasha menerima mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin, namun merahsiakan jumlah wang hantaran.

Majlis ini dihadiri hampir 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan teman rapat mereka. Pasangan ini mula berkenalan sejak Disember lalu dan mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lalu.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak meluahkan rasa syukur selepas selamat bergelar isteri kepada lelaki dicintainya.

"Alhamdulillah, sempurna sudah majlis yang saya tunggu. Semuanya berjalan lancar dan saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah SWT.

Majlis resepsi pertama pihak perempuan akan diadakan pada sebelah petang hari ini dengan pasangan terbabit memilih untuk mengenakan busana tradisional Melayu klasik juga rekaan Hatta Dolmat.

Resepsi kedua pihak lelaki pula akan diadakan pada minggu hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 11:15 AM
TASHA Shilla selamat diijabkabulkan dengan Muhammad Atiq Idris dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah. FOTO MUSTAFFA KAMAL
TASHA Shilla selamat diijabkabulkan dengan Muhammad Atiq Idris dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah. FOTO MUSTAFFA KAMAL
Digital NSTP Subscribe