SonaOne meminta peminat berhati-hati dan tidak tertipu dengan individu yang menyamar sebagai dirinya menerusi satu akaun palsu di Instagram.
SonaOne meminta peminat berhati-hati dan tidak tertipu dengan individu yang menyamar sebagai dirinya menerusi satu akaun palsu di Instagram.
Georgie Joseph


PENYANYI hip hop, SonaOne meminta peminat berhati-hati dan tidak tertipu dengan individu yang menyamar sebagai dirinya menerusi satu akaun palsu di Instagram.

SonaOne menyeru kepada peminat yang cuba dihubungi individu berkenaan menerusi DM (mesej langsung) supaya melaporkan kepadanya setiap percubaan menipu dilakukannya.

“Semua tolong buat laporan terhadap individu ini. Sekiranya akaun ini tiba-tiba masuk DM anda, hantar tangkap skrin (screenshot) kepada saya.

“Individu ini cuba menghantar mesej kepada sahabat saya dan berfikir dia tidak akan tertangkap,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Apa Khabar ini juga kecewa dengan individu yang cuba mengambil kesempatan ketika dunia sedang berhadapan wabak Covid-19.

“Ramai orang cuba bertahan sebaik mungkin untuk teruskan hidup, tetapi individu ini pula menyalurkan tenaganya untuk perkara tidak bermanfaat ini,” katanya.

Terdahulu, SonaOne berkongsi mengenai kegiatan individu itu di Instagram Story. Individu itu menghantar mesej kepada ramai peminat dan mendakwa dirinya adalah penyanyi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 6:57 PM
Digital NSTP Subscribe