X
ASHRAF bersama isterinya dan aknak-anak. FOTO ihsan IG
ASHRAF bersama isterinya dan aknak-anak. FOTO ihsan IG
Sudirman Mohd Tahir

 

PELAKON, Ashraf Muslim yang melalui kehidupan poligami mengakui sikap gurau senda dan saling bermaafan perlu ada dalam institusi kekeluargaan.

  Ashraf berkata, dia berterima kasih kepada kedua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi kerana sentiasa ada bersamanya.

 "1 Syawal kali ini memberi makna buat kami sekeluarga. Hidup bertoleransi, bermaaf-maafan, sayang-menyayangi dan gurau senda perlu ada dalam institusi kekeluargaan. Hargailah mereka.

 "Ya Allah, terima kasih kerana memberi pinjaman kekasih-kekasih hati saya ini yang sentiasa bersama-sama dengan saya selama ini. 

 "Ya Allah tenangkanlah hati mereka dan bahagiakanlah mereka bersamaku dan tingkatkan darjat isteri-isteriku ini di matamu Ya Allah," katanya.

Menerusi status sama, Ashraf berkongsi momen mereka sekeluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri.

 "Setiap kali raya memang ditunggu-tunggu sebab setiap tahun akan membawa cerita yang berbeza. Alhamdulillah, dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sangat bangga dan berterima kasih kepada kedua isteri kerana bertungkus lumus bersama-sama meraikan hari raya kali ini dengan bahagianya.

 "Malam raya sudah sibuk masak. Pagi raya makan rendang ayam dan kuah kacang yang sedap sangat sampai kami anak beranak malas nak keluar. Sampai solat raya pun jam 10.30 pagi. 

 "Anak-anak pula gembira sangat sampaikan terpaksa 'berperang' dengan anak-anak dulu untuk menyiapkan mereka. Tapi itulah momen yang indah semasa mereka kecil," katanya.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Dayana, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dan perkahwinan kedua pula tiga cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 4:48 PM