ZASKIA. FOTO Zaskia Gotik
ZASKIA. FOTO Zaskia Gotik
Agensi

PENYANYI dangdut Indonesia yang terkenal dengan jolokan 'goyang itik', Zaskia Gotik, 30, mengesahkan dia kini hamil beberapa minggu. 

Zaskia atau nama sebenar Surkianih mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan dikenali Sirajuddin Mahmud Sabang pada 22 April lalu. 

Bagaimanapun, berita kehamilan itu dikongsikan Zaskia baru-baru ini di Instagram dengan meminta didoakan dia dan bayinya semoga sentiasa sihat.

"Rezeki habis (selepas) lebaran (Aidilfitri), sekarang Neng sudah hamil. Alhamdulillah ya Allah, doakan Neng sama bayi sihat selalu ya, Neng sama suami juga rajin minum air rebusan kesihatan untuk zuriat, tulisnya.

Ternyata Zaskia sangat teruja dengan kandungannya dan dia dilihat memang begitu berusaha untuk cepat hamil.

Sejak bergelar isteri, Zaskia juga sering menggunakan media sosialnya untuk membuat perkongsian berkaitan program kehamilan disertai.

Selain itu, dia juga mengaku amalan minum air rebusan kesihatan dilakukan dengan sokongan suami sebagai usaha ingin segera hamil.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 10:37 AM