PENANTIAN penyanyi Tomok untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya dimakbulkan apabila isterinya, Rahayu Abas selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak ketiga mereka, hari ini.

Bayi seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur jam 1 tengah hari, hari ini.

Tomok menerusi Instagram memuat naik gambar anaknya itu untuk tatapan peminat.

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan hari ini. Terima kasih Allah, terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya," katanya.

Tomok dan Rahayu atau Ayu berkahwin pada 2 Julai 2011. Mereka sudah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.

 

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 11:01 PM