KATY Perry.
KATY Perry.
Agensi 

PENYANYI Katy Perry mendapat keberanian mendedahkan dia pernah hampir membunuh diri selepas berpisah dengan aktor Orlando Bloom pada 2017.

Katy, 35, berkata dia hilang harapan disebabkan hatinya hancur teruk, ditambah pula dengan kegagalan albumnya, Witness menyamai kejayaan album terdahulu, Prism.

Pun begitu, mujur penyanyi lagu Roar itu mendapat kekuatan untuk kembali bersyukur terhadap hidupnya sekali gus menyelamatkan dia daripada niat bunuh diri.

"Barangkali perasaan mensyukuri itulah yang menyelamatkan nyawa saya. Ini disebabkan jika saya tidak jumpa rasa itu, saya mungkin tewas dengan kesedihan dialami dan melakukannya," katanya.

Berita mengenai pasangan popular itu kemudian bersama semula, jelas mengubat laranya selain peminat rata-rata tumpang gembira. Jodoh mereka ternyata masih kuat.

Pasangan Katy dan Bloom, kini tidak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka pada musim panas ini. 

Untuk rekod, Bloom turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Flynn hasil perkahwinan terdahulu bersama aktres Miranda Kerr.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 11:39 AM