SHARIFAH Shahirah menjelaskan mengenai perceraian adiknya.
SHARIFAH Shahirah menjelaskan mengenai perceraian adiknya.
Sudirman Mohd Tahir

 

"KEDUA belah keluarga sudah cuba memberikan nasihat, tapi tak boleh paksa," kata penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah mengenai perceraian adiknya yang juga pelakon, Sharifah Sakinah dengan suami, Aliff Adha pada Mei lalu.

Shahirah yang mesra disapa Shira berkata, perbincangan yang dibuat bersama keluarga itu tidak menjurus kepada mencari salah siapa.

Malah, Shira mengakui Aliff seorang suami yang baik sepanjang lima tahun berkahwin dengan Sakinah.

"Keputusan itu memang sedih. Mereka sudah buat keputusan dahulu kemudian berjumpa semua keluarga untuk bercakap mengenai perkara itu.

"Dalam pertemuan itu kedua belah keluarga berbincang dan bukan bertekak salahkan sesiapa. Kami pun ada minta maaf bagi pihak kami.

"Keluarga Aliff sangat bagus. Malah, Sakinah beruntung sebab dapat suami yang sangat baik. Pastinya Aliff sudah cuba pertahankan yang terbaik, tapi mungkin sudah tak ada jodoh," katanya kepada Harian Metro.

Shira menjelaskan dia tidak tahu menahu punca perpisahan pasangan itu.

"Jangan tanya sebab apa cerai, sebab memang tidak tahu apa-apa.

"Saya ada cakap dengan Aliff, kalau ada jodoh dengan orang lain, tidak mengapa. Kalau mereka kembali bersama pun, okay. 

"Soal jodoh ini kita tidak tahu. Segalanya atas ketentuan Allah. Apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka," katanya.

Terdahulu, Sakinah berkongsi perkahwinan dibina bersama Aliff terlerai pada Mei lalu selepas tidak lagi tinggal sebumbung pada Mac lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais yang kini berusia tiga tahun.

Berita berkaitan

  • 'Saya tak boleh jadi isteri yang baik untuknya'
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 5:21 PM