HAN SEO HEE
HAN SEO HEE
Agensi

Pelakon Korea Selatan, Han Seo Hee sekali lagi disahkan positif dadah apabila ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia menggunakan dadah jenis psikotropik.

Sebelum ini, Han Seo Hee dijatuhkan hukuman pemulihan selama empat tahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah haram sejak tahun 2017.

Kementerian Kehakiman Korea Selatan mewajibkan setiap individu yang berada dalam pemulihan kes penggunaan dadah untuk menjalani ujian sebulan sekali.

Bagaimanapun ketika Han Seo Hee ditahan di sebuah unit rawatan selepas terbukti positif menggunakan ubat-ubatan terlarang dalam ujian air kencing yang dilakukan.

Untuk rekod, ini adalah pelanggaran kedua Han Seo Hee selama masa tempoh pemulihan sekali gus bakal berdepan hukuman penjara selama tiga tahun kerena didapati positif selama menjalani tempoh pemulihan hasil tuduhan dadah sebelum ini.

"Individu yang sedang menjalani rawatan atas pengambil dadah akan diuji secara rambang selama tempoh pemulihan mereka.

"Selain itu, jika individu itu didapati positif dalam salah satu ujian dijalankan, mereka harus dikenakan tindakan," kata wakil di pejabat penguasa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 2:59 PM