X
SHARIFAH SAKINAH. FOTO IG SHARIFAH SAKINAH
SHARIFAH SAKINAH. FOTO IG SHARIFAH SAKINAH
Georgie Joseph


PELAKON Sharifah Sakinah berterima kasih atas sokongan ramai, namun enggan memanjangkan mengenai cerita perceraian rumah tangganya baru-baru ini.

Sakinah atau nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, berkata dia kini cuma mahu fokus terhadap kerjaya dan meneruskan hidup.

"Saya barangkali senyap dan tidak membalas sebarang mesej. Terima kasih kepada yang menyokong dan juga menghina.

"Ingat, kamu semua ada keluarga juga. Saya tidak akan mahu bahagian hidup saya ini jadi dramatik. 

"Saya tidak akan ulas dan hanya  mahu fokus kepada kerja saya sahaja," katanya.

Sakinah yang kini sibuk dengan penggambaran filem pendek Gula-Gula itu juga berharap, warganet berhenti mengikutinya di media sosial jika tidak menyenangi dirinya.

"Jika sesiapa ada masalah dengan pilihan dalam hidup saya, pakaian, atau tindakan, boleh berhenti mengikuti saya di ruangan ini. 

"Sila beri komen yang bebas, jangan berbalah sesama-sendiri. Banyak lagi perkara baik kita boleh lakukan hari ini," katanya menerusi Instagram.

Baru-baru ini, Sakinah mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Aliff Adha pada Mei lalu serta mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac.

Selain itu, cara pemakaian pelakon terbabit juga kebelakangan ini mencetuskan perbalahan dalam kalangan pengikutnya. 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 12:37 PM