JIGGY. FOTO ihsan IG
JIGGY. FOTO ihsan IG
Ridzuan Abdul Rahman


PELAWAK dan pelakon, Jiggy daripada kumpulan Masin menafikan dia individu yang yang terbabit dalam perbualan mesej dan video tidak senonoh seperti yang tersebar sejak semalam.

Ia susulan tangkap layar perbualan Jiggy dengan seorang wanita secara mesej peribadi (DM) seolah-olah 'mengayat' wanita terbabit untuk melayannya.

Jiggy, 31, atau namanya sebenarnya Aizat Nazri dalam satu kenyataan dengan sebuah portal hiburan berkata, penyebaran visual terbabit bertujuan untuk menjatuhkannya.

"Tidak! Itu bukan saya. Saya tak tahu apa kepentingan dan apa yang orang ini mahukan. Sedangkan video boleh 'superimposed', apatah lagi perbualan sebegini.

"Zaman teknologi dan media sosial macam-macam boleh jadi. Jadi kena bersabar dan reda sajalah. Nak buat macam mana?

"Benda sebegini tak ada penyudahnya pun. Kita pun tak tahu apa niat mereka," katanya.

Terdahulu, menerusi perbualan yang dimuat naik di IG wanita berkenaan, Jiggy secara lembut mengajak wanita itu melakukan perbuatan yang tidak senonoh.

Malah, berdasarkan apa yang dimuat naik wanita itu, Jiggy membuat rakaman video dirinya sedang melakukan onani.

Jiggy bukan satu-satunya artis yang terbabit dalam kes begini kerana sebelumnya peminat digemparkan dengan penyebaran video lucah yang didakwa mirip Aiman Tino, Ismail Izzani, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 1:39 PM