NICKI Minaj berkongsi foto terbaharunya yang kini hamil anak pertama kepada peminat di Instagram. FOTO IG nickiminaj
NICKI Minaj berkongsi foto terbaharunya yang kini hamil anak pertama kepada peminat di Instagram. FOTO IG nickiminaj
Agensi

PENYANYI terkenal Nicki Minaj berkongsi foto terbaharunya yang kini hamil anak pertama kepada peminat di laman sosial.

Menerusi siri foto di Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Anaconda itu turut menunjukkan 'baby bump' dengan tulisan 'Preggers'.

Dalam hantaran itu, Minaj mengucapkan terima kasih atas segala doa dan sokongan yang diberikan kepadanya.

"Cinta, perkahwinan, kehamilan - penuh dengan kegembiraan dan syukur. Terima kasih untuk semua ucapan selamat daripada anda," katanya yang turut dikenali dengan imej seksi.

Ini adalah kehamilan pertama Minaj selepas mendirikan rumah tangga dengan Kenneth Petty pada Oktober tahun lalu.

Minaj dan Petty sebelum itu bercinta selama setahun.

Terdahulu, Minaj pernah meluahkan hasrat untuk memperlahankan kerjayanya bagi mendapatkan anak.

"Saya memutuskan untuk bersara dan memiliki keluarga. Saya tahu anda semua gembira sekarang," tulisnya menerusi Twitter.

Mei lalu Minaj memaklumkan dia kerap muntah-muntah, pening dan kerap membuang air kecil sekali gus mengiyakan spekulasi dia sedang hamil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2020 @ 12:20 PM