MIKHA TAMBAYONG
MIKHA TAMBAYONG
Agensi

PENYANYI, Mikha Tambayong melancarkan lagu, Tak Tergantikan sempena memperingati setahun pemergian mendiang ibunya, Deva Malaiholo, semalam.

Lagu hasil ciptaan Ifa Fachir dan Dimas Wibisana itu turut menampilkan Mikha selaku penulis lirik dengan dibantu oleh Deva Mahenra dan Ifa Fachir.

"Aku melancarkan lagu ini sempena genap setahun pemergian ibu. Jadi, idea menghasilkan single tribute ini wujud apabila saya memikirkan perkara ini," katanya.

Menurut Mikha, ibunya antara individu yang sentiasa menyokong kuat kerjaya seninya.

"Saya paling rapat dengan mama kerana saya anak tunggal selain dia yang menggalakkan untuk terbabit dalam dunia seni. Jadi, ini single terbaharu saya selepas dua tahun tidak melancarkan lagu.

"Sebenarnya, selepas lagu Berpisah Itu Mudah nyanyian bersama Rizky Febian, saya sibuk berlakon filem. Jadi, semuanya tertunda. Kiranya, apabila berlaku pandemik, dapat juga hasilkan lagu yang ternyata minat saya masih dalam muzik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 10:10 AM