THE Rock memperoleh pendapatan paling tinggi selama dua tahun berturut-turut.
THE Rock memperoleh pendapatan paling tinggi selama dua tahun berturut-turut.
Agensi

BINTANG Hollywood, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock mengungguli senarai pelakon yang memperoleh pendapatan paling tinggi selama dua tahun berturut-turut.

Dalam data yang dikeluarkan Forbes, Johnson memperoleh pendapatan sebanyak RM367.2 juta dalam tempoh setahun ini.

Sumber turut mendedahkan bayaran paling tinggi diterima adalah menerusi filem terbitan Netflix, Red Notice sebanyak RM98.6 juta.

Selain itu, Johnson juga meraih banyak keuntungan menerusi kerjasama dengan jenama pakaian sukan Under Armour melalui Project Rock.

Ryan Reynolds pula menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak RM300.2 juta sejak setahun lalu. Dia menerima bayaran paling tinggi menerusi filem terbitan Netflix iaitu 6 Underground dan Red Notice.

Ini diikuti Mark Wahlberg dengan pendapatan sebanyak RM243.5 juta.

Tujuh lagi pelakon yang memperoleh pendapatan paling tinggi ialah Ben Affleck, Vin Diesel, Akshay Kumar, Lin-Manuel Miranda, Will Smith, Adam Sandler dan Jackie Chan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 12:13 PM