Shuib dan Mark Adam.
Shuib dan Mark Adam.
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Usahawan dan penyampai radio, Shuib memberi peluang kepada penyanyi Mark Adam untuk bergelar usahawan dengan membuka cawangan baharu minuman BubbleBee di Kompleks PKNS, Shah Alam, hari ini.

Menurut Shuib, dia sudah menganggap Mark sepertinya abangnya dan tidak salah dia membantu penyanyi itu menjana pendapatan tambahan.

"Mark sudah saya anggap seperti keluarga. Kami selalu berjumpa dan berkongsi macam-macam hal bersama.

"Dia adalah sahabat yang selalu ada ketika saya berdepan masalah. Tak salah rasanya saya bantu insan yang selama ini ikhlas dan memberikan saya sokongan serta nasihat untuk terus berjaya," katanya.

Menurut Shuib, dia berharap cawangan minuman air yang diusahakan Mark ini terus berkembang maju dan sukses.

"Ketika saya mempelawa Mark untuk membuka cawangan baru Bubblebee di Shah Alam, Mark agak kurang yakin kerana perniagaan ini memerlukan modal yang besar selain perlu komited.

"Namun saya cuba yakinkannya dan mengusahakan perniagaan ini bersama-sama. Soal modal bukan masalah utama sebaliknya saya nak lihat dia terus berjaya dan membantu orang," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 4:17 PM